Custom Search

KLIK KAT SINI JUGA

SAFETY FIRST!!

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
Rasanya dah lama aku wat entri baru kat blog aku ni.. Sampai berhabuk dah blog ni.. hehe.. Al-maklum la sibuk ngan final projek..Ngan kena siapkan report untuk projek ni skali.. huhu.. Nak online n lawat blog korang pon xsempat.. Sorry ye semua rakan blogger..
Arini aku nak kongsi la satu citer kat korang semua pasal sesuatu yg terjadi ptg td kat umah sewa aku ni..Tadi petang abis je klas, aku ngan group aku terus fikir pasal projek kitorang.. Mana tak fikirnya pasal projek2 sebab ari rabu minggu ni aku dah kena present projek 2.. Petang td pon aku ngan group aku pon pasang la kitorang punya litar 2 sampai siap...Selepas siap pasang pon, kitorang pon test la litar projek kitorang 2 guna power supply.. Mula2 kitorng test 2, ok je.. Dalam beberapa minit kemudian ada sesuatu yg tak diingini berlaku..
Tiba2 je aku terdengar bunyi sesuatu yang pelik dari power supply tuh..
Baca Selanjutnya ..

SURAT MEMUJUK KEKASIH


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu elora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub,penguin,kambing, salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. 

Baca Selanjutnya ..

TINGGALKAN LINK ANDA D ISINI

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Mr ShAReH BLoG |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.