Custom Search

KLIK KAT SINI JUGA

KES KEHILANGAN ENJIN PESAWAT F-5E


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, bagaimanapun, siasatan itu akan dibantu oleh ATM dan TUDM.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis dan keputusan mengenainya akan diumumkan pihak berkuasa itu kelak.


"Kita serah kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan dan kita tidak akan ganggu bagi memudah dan mempercepatkan proses siasatan yang dijalankan," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Upacara Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Sungai Besi di sini hari ini.

Hadir sama ialah Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta berkenaan disedari hilang pada 2007 apabila komponen yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasinya.

Hasil siasatan, polis mengenal pasti empat suspek membabitkan orang awam dan pegawai TUDM.

Azizan berkata, di peringkat ATM, penyiasatan dalaman dilakukan ke atas bahagian pentadbiran dan pengurusan aset-aset milik TUDM.

"Selain pesawat, siasatan juga dilakukan ke atas aset-aset ketenteraan lain kerana ia perkara utama yang akan dibuat bagi memastikan kejadian sedemikian tidak berulang," katanya.

Ditanya mengapa siasatan mengenai kehilangan enjin itu terlalu lama, beliau berkata, laporan telah dibuat kepada pihak polis pada tahun lepas.

"Siasatan biasalah akan ambil masa yang lama. Mana ada siasatan singkat dan dalam masa dan tempoh siasatan, ia tidak boleh dihebahkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azizan mahu penuntut MTD dilengkapi dengan pelbagai ilmu pengetahuan seiring dengan perkembangan sains dan teknologi termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menurutnya, ia bagi melahirkan pemimpin masa depan yang berpandangan luas, inovatif dan kreatif.

"Saya berbangga kerana seramai 53 bekas putera MTD kini berada di Rusia, Jordan dan Mesir bagi mengikuti kursus perubatan di bawah tajaan Kementerian Pertahanan.

"Seramai 48 bekas putera tahun lepas pula meneruskan pengajian di institusi latihan ketenteraan iaitu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kolej Tentera Darat (KTD), Kolej Tentera Laut (KTL) dan Kolej Tentera Udara (KTU) untuk bersama-sama meneruskan wadah kepimpinan ATM," katanya.

Jelasnya, semua usaha yang dijalankan Kementerian Pertahanan dan ATM merupakan agenda untuk terus memartabatkan pendidikan berkualiti di MTD.

Pada Upacara Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah MTD kali ini, seramai 188 putera dalam tingkatan lima berjaya menamatkan pengajian mereka di maktab itu.

PETIKAN DARIPADA UTUSAN MALAYSIA
Baca Selanjutnya ..

TINGGALKAN LINK ANDA D ISINI

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Mr ShAReH BLoG |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.