Custom Search

KLIK KAT SINI JUGA

SEBUAH PENANTIAN


Penantian....

Ku lepaskan kau terbang bebas
Demi sebuah pencarian
Kerana ku tahu
Rantingku rapuh untuk kau
Melepaskan lelahmu

Namun berikan aku sedikit ruang
Untuk ku terus menyimpul rindu
Walau ku tahu cinta itu hilang
Aku akan setia menunggu

Penantian ini bukan bermakna
Aku masih terus mengharap
Ianya bererti aku masih di sini
Menanti engkau kembali
Dengan coretan cinta baru
Yang kau temui dalam pendakianmu

Episod cintamu yang berakhir
Bukanlah babak cintaku yang terakhir
Kerana aku akan terus membajainya
Sehingga kuntumannya mekar bernyawa

Andai satu hari nanti
Cinta yang kau genggam terlepas pergi
Berpalinglah kepadaku sekali lagi
Aku yakin aku masih di sini
Bersama cinta yang subur di hati

Terbang, camar
Kan ku tunggu kau di kaki pelangi





Baca Selanjutnya ..

SULTAN JOHOR MANGKAT

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.
Baginda berusia 77 tahun.
Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baca Selanjutnya ..

JADUAL AKU YANG PADAT

SALAM SEMUA..
entri aku kali ni pasal jadual klas aku yg padat gila2..aku ingat last semester ni bleh jugak relax2..
tp bila dpt je jadual 2... FUH!! padat gile.. TENSION tol aku tgk jadual 2..
xbleh gak aku nak relaxkan diri aku ni.. emm.. tapi xpelah kan.. dah last semester ni.. so sabar jelah..

LG 1 pasal subjek sem last ni.. aku usaha pilih subjek yg xde kena mengena ngan PROGRAMMER.. tp bila masuk je 1 klas 2, lecterur 2 pon bg la penerangan pasal subjek dia ajar 2.. AKHIRnya.. ada jugak satu topik pasal PROGRAMMER 2 dlm last topik utk subjek 2.. ADUHAI.. apa la nasibku ini...
ish2..
apa2 pon sabar jelah.. nak wat camna.......
huhu Baca Selanjutnya ..

SOK DAFTAR POLI.. HUHU

ADUHAI...


esok daftar poli la plak.. huhu

rasa malas pon ada gak sbb cuti lama sgt..


daftar sem ni, sem last la bg aku...


xsabar rasanya nak abis bljr...


pas 2 nak sambung degree plak lepas ni klu ada rezeki..



Baca Selanjutnya ..

Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com

Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.

Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama

untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/

menarik jugak 2.. klu bernasib baik memang bertuah la kan??? sy tau cabutan bertuah ni dr kan yanmie sendiri..
pada sesiapa yang berminat nak join..jangan lupa letak nama MR SHAREH sebagai referrer anda semua..
SELAMAT MENCUBA!! Baca Selanjutnya ..

SEDIHNYA... HUHU

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama rasanya x update blog ni..

sibuk ckit skunk ni.. huhu..

tahun ni aku dah nak masuk last semester kat POLIMAS tue..

18hb ni baru daftar masuk..

rasa maleh plak sbb cuti lama sgt.. hehe..

aku rasa sedih ckit ar.. sebab pointer sem 5 aku jatuh banyak sgt.. :-(

korang nak tau berapa pointer aku???

emm.. aku rasa xpayah ar.. malu aku nak bgtau korang semua..

biarlah rahsia kata dato' siti nurhaliza.. hehe..

tp aku bersyukur la sebab semua subjek aku lulus... :-)

setakat ni je post aku tuk kali ni..

tggu post aku yg akan datang OK...

bye.............


Baca Selanjutnya ..

KES KEHILANGAN ENJIN PESAWAT F-5E


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, bagaimanapun, siasatan itu akan dibantu oleh ATM dan TUDM.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis dan keputusan mengenainya akan diumumkan pihak berkuasa itu kelak.


"Kita serah kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan dan kita tidak akan ganggu bagi memudah dan mempercepatkan proses siasatan yang dijalankan," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Upacara Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Sungai Besi di sini hari ini.

Hadir sama ialah Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta berkenaan disedari hilang pada 2007 apabila komponen yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasinya.

Hasil siasatan, polis mengenal pasti empat suspek membabitkan orang awam dan pegawai TUDM.

Azizan berkata, di peringkat ATM, penyiasatan dalaman dilakukan ke atas bahagian pentadbiran dan pengurusan aset-aset milik TUDM.

"Selain pesawat, siasatan juga dilakukan ke atas aset-aset ketenteraan lain kerana ia perkara utama yang akan dibuat bagi memastikan kejadian sedemikian tidak berulang," katanya.

Ditanya mengapa siasatan mengenai kehilangan enjin itu terlalu lama, beliau berkata, laporan telah dibuat kepada pihak polis pada tahun lepas.

"Siasatan biasalah akan ambil masa yang lama. Mana ada siasatan singkat dan dalam masa dan tempoh siasatan, ia tidak boleh dihebahkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azizan mahu penuntut MTD dilengkapi dengan pelbagai ilmu pengetahuan seiring dengan perkembangan sains dan teknologi termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menurutnya, ia bagi melahirkan pemimpin masa depan yang berpandangan luas, inovatif dan kreatif.

"Saya berbangga kerana seramai 53 bekas putera MTD kini berada di Rusia, Jordan dan Mesir bagi mengikuti kursus perubatan di bawah tajaan Kementerian Pertahanan.

"Seramai 48 bekas putera tahun lepas pula meneruskan pengajian di institusi latihan ketenteraan iaitu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kolej Tentera Darat (KTD), Kolej Tentera Laut (KTL) dan Kolej Tentera Udara (KTU) untuk bersama-sama meneruskan wadah kepimpinan ATM," katanya.

Jelasnya, semua usaha yang dijalankan Kementerian Pertahanan dan ATM merupakan agenda untuk terus memartabatkan pendidikan berkualiti di MTD.

Pada Upacara Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah MTD kali ini, seramai 188 putera dalam tingkatan lima berjaya menamatkan pengajian mereka di maktab itu.

PETIKAN DARIPADA UTUSAN MALAYSIA
Baca Selanjutnya ..

TINGGALKAN LINK ANDA D ISINI

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Mr ShAReH BLoG |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.