Penantian....
Ku lepaskan kau terbang bebas
Demi sebuah pencarian
Kerana ku tahu
Rantingku rapuh untuk kau
Melepaskan lelahmu
Namun berikan aku sedikit ruang
Untuk ku terus menyimpul rindu
Walau ku tahu cinta itu hilang
Aku akan setia menunggu
Penantian ini bukan bermakna
Aku masih terus mengharap
Ianya bererti aku masih di sini
Menanti engkau kembali
Dengan coretan cinta baru
Yang kau temui dalam pendakianmu
Episod cintamu yang berakhir
Bukanlah babak cintaku yang terakhir
Kerana aku akan terus membajainya
Sehingga kuntumannya mekar bernyawa
Andai satu hari nanti
Cinta yang kau genggam terlepas pergi
Berpalinglah kepadaku sekali lagi
Aku yakin aku masih di sini
Bersama cinta yang subur di hati
Terbang, camar
0 comments:
Post a Comment