Custom Search

KLIK KAT SINI JUGA

CARA MENGHADAPI JIN KAFIR

Langkah pertama yang harus dilakukan, hendaklah anda jelaskan Islam kepadanya secara lengkap, kemudian suruhlah dia masuk Islam tanpa paksa. Jika dia telah masuk Islam, maka suruhlah dia bertaubat dan jelaskan kepadanya bahawa taubat yang sempurna itu ialah melepaskan diri dari berbuat zalim dan hendaklah keluar dari jasad orang ini.

Langkah yang kedua, jika dia masih tetap dengan kekafirannya, maka janganlah dia dipaksa supaya masuk ke dalam Islam, akan tetapi perintahkanlah dia supaya keluar dari jasad tersebut. Jika ia keluar, maka bacalah Al-hamdulillah. Jika ia tetap degil, maka ancamlah dia atau boleh anda memukulnya. Akan tetapi janganlah anda memukul, jika sekiranya anda tidak 'arif dalam hal itu atau anda tidak dapat memastikan bahawa pukulan anda itu benar-benar mengenai jin, sebab ada jenis jin yang dapat mengelak ketika di pukul, sehingga pukulan tersebut mengenai orang yang kerasukan itu. Jika ingin memukul, lakukanlah pada bahagian tangan, punggung dan jari.


Langkah yang ketiga, bacalah surah-surah yang menyakiti jin seperti ayat Al-Kursi, surah Yasin, surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-Jin, surah Al-Hasyr, surah Al-Humazah dan surah Al-A'la.

Pada umumnya setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang neraka dan seksa, akan menyakiti jin. Bila dia sudah menjawab, maka hentikanlah bacaan ayat Al-Qur'an tersebut atau memberhentikan pukulan, dan memintakanlah kepadanya supaya ia berjanji kepada Allah dan perintahkanlah ia supaya keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu.

Baca Selanjutnya ..

CARA MENGHADAPI JIN YG BERAGAMA ISLAM

Bila anda menghadapi jin yang beragama Islam maka lakukanlah dua cara iaitu menganjurkannya dan memperingatkannya. Lakukanlah sesuai dengan sebab masuknya ke dalam tubuh tersebut. Jika sebab masuknya adalah kerana kezaliman manusia kepadanya maka beritahukanlah kepadanya bahawa orang ini tidak mengetahuinya dan tidak sengaja menyakiti sehingga tidak patut dia dihukum.

Bila masuknya ke dalam tubuh seseorang itu kerana mabuk cinta kepada manusia, maka jelaskan kepadanya bahawa perbuatannya itu hukumnya haram. Hendaklah dijelaskan pula tentang balasan Allah terhadap orang yang berbuat demikian pada hari kiamat. Kemudian beritahukan kepadanya tentang ancaman seksa Allah dan balasan yang akan Allah berikan.


Bila penyebab masuknya itu kerana kezaliman terhadap manusia maka beritahukanlah kepadanya akan hukuman yang berat yang akan ditimpakan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang zalim.

Jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu mahu menjawab dan mahu keluar, maka ucapkanlah Al-hamdulillah, tetapi sebelum ia keluar dia harus berjanji kepada Allah, janji tersebut haruslah anda yang mengucapkan dan melalui lidah orang yang kerasukan jin itu, jin tersebut mengikutinya, ucapan janji itu ialah :

"Saya berjanji kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia."

Setelah itu haruslah anda pastikan bahawa jin itu benar-benar keluar, kerana banyak diantara jin yang berbohong, kecuali bagi jin yang benar-benar berlindung kepada Allah. Bacakanlah penangkal sekali lagi. Jika orang yang kerasukan jin itu masih terpengaruh mendengar bacaan Al-Quran serta jarinya masih juga gementar, maka yang demikian itu sebagai tanda bahawa jin itu masih berada dalam tubuhnya. Jika tidak ada pengaruhnya, jin tersebut telah keluar.

Baca Selanjutnya ..

MENGETAHUI HADIRNYA JIN

Untuk mengetaui hadirnya jin, maka perhatikan tanda-tanda ini :

* Orang yang kerasukan jin tersebut memejamkan kedua matanya atau membuka sebesar-besarnya atau berkedip dengan sangat cepat.
* Tubuhnya gementar dengan sangat kuat atau gementar ringan pada hujung jarinya.
* Meronta-ronta dengan kuat.
* Memekik atau menjerit.
* Menyebut namanya.

Setelah memperhatikan tanda-tanda itu, maka mulailah bertanya kepadanya seperti pertanyaan di bawah ini :

* Siapa namamu?
* Apakah Agamamu?
* Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam tubuh orang ini?
* Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
* Dimanakan kamu berada di dalam tubuh ini?



Baca Selanjutnya ..

DOA PELEMBUT HATI

Assalammualaikum wbk.
Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi’in dan tabi’ attabi’in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama
Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.

Berikut saya sisipkan zikir dan doa pelembut hati sebagai panduan kita semua yang memerlukannya, insyaallah.

Zikir Dan Doa Pelembut Hati

1. Zikir Pelembut Hati
Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut:

Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"


2. Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah
Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau boss di pejabat, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah An 'Nisaa Ayat 84. (Sila rujuk Al-Quran)


Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."

3. Doa Pelembut Hati


Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa (Asy Syuura –ayat 19 (42)

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (ALI’IMRAN- 200 (3)


Cara Beramal

1. Baca dalam doa selepas solat fardhu iaitu di samping baca doa-doa lain , tambahkan doa ini
2. Jadikan ‘amalan membaca doa ini secara istiqamah dalam doa selepas solat fardhu
3. Baca pada waktu malam semasa anak nak tidur atau sedang tidur.

Kaedah

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati

Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah

iii. Kemudian baca doa di atas
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X

*** Amalkan doa ini secara istiqamah, Insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah
*** Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.

4. Doa Lembut Hati
1. Untuk melembutkan hati orang

a) Istighfar 3 x
Niatkan dalam hati: Ya Allah lembutkan hati suamiku dan berilah taufik hidayah kepadanya
c) Baca doa ini kemudian kejamkan mata, bayangkan wajah suami dan tiup pada tengkuknya 3 x

Nota: Amalkan setiap lepas solat fardhu

Wassalam


Baca Selanjutnya ..

MASA PEMBIKINAN VIDEO PROJEK AUDIO VISUAL

ASSALAMUALAIKUM...
Aku harap semua pelawat blog ni berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Kali ni aku nak tambah post psl pembikinan video projek audio visual plak.. Susah nak wat video ni sebenarnya... Terutama time nak berlakon la.. huhu.. Kat bawah ni aku ada selitkan video masa berlakon 2.. Aku juz jd kamera man je.. hehe.. Member2 aku yg berlakon.. Ni video masa lakonan yg x menjadi... Geli ati aku tgk gelagat diorang time 2.. Sampai sakit perut aku masa 2 sbb gelak banyak sangat.. hehehe.. Jom tgk video kat bawah ni.. Aku harap korang semua terhibur tgk gelagat diorang ni...








Baca Selanjutnya ..

AKU PUNYA PROJEK AUDIO VISUAL

SALAM semua...
ari ni aku letak post psl projek audio visual group aku plak... projek aku wat ni simple ja.. juz guna ADOBE PREMIER n AFTER EFFECT.. projek ni lecturer sruh wat lama dah.. tp wat last minute.. huhu.. so jd cmni la.. xsempat nak wat yg elok2.. adeh... kat bawah ni aku punya video projek.. tiggalkan je apa2 komen.. aku terima seadanya..




Baca Selanjutnya ..

SEMESTER PALING BZ

SALAM semua..
Aku nak luahkan ckit la kat korang.. sem ni bz sgt bg aku.. huhu.. tension!! tension!! Assignment pon byk giler2... Pas 2 plak pasal final projek.. dah byk kali penyelia tak approve.. tension sgt time 2.. Last skali approve gak tajuk projek 2.. projek last sem aku wat SISTEM KUNCI KAWALAN JAUH UTK RUMAH.. Sistem ni berfungsi mengunci dari dalam apabila kita kuar dr umah.. Lagi 1 berfungsi sbg kunci tambahan la... Bila kuar dr umah korang juz tekan button kat remote control je utk lock pintu umah.. Lagi 1, projek aku ni jugak ada tambahan sistem penggera.. So klu ada penyamun nak nak pecah masuk, alarm 2 bunyi la.. Karang ni kan byk kes pecah umah.. So bila korang pasang sistem ni, bleh la kurangkan kes pecah umah ni.. Kos utk wat projek ni tak la mahal sgt.. Lebih kurang RM300 je.. Simple n murah kan??? Aku harap projek yg aku wat ni menjadi la.. setakat ni ja post aku utk kali ni.. tggu post aku yg seterusnya nnt yea...
wassalam.....


Baca Selanjutnya ..

TINGGALKAN LINK ANDA D ISINI

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Mr ShAReH BLoG |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.