Custom Search

KLIK KAT SINI JUGA

CARA MENGHADAPI JIN YG BERAGAMA ISLAM

Bila anda menghadapi jin yang beragama Islam maka lakukanlah dua cara iaitu menganjurkannya dan memperingatkannya. Lakukanlah sesuai dengan sebab masuknya ke dalam tubuh tersebut. Jika sebab masuknya adalah kerana kezaliman manusia kepadanya maka beritahukanlah kepadanya bahawa orang ini tidak mengetahuinya dan tidak sengaja menyakiti sehingga tidak patut dia dihukum.

Bila masuknya ke dalam tubuh seseorang itu kerana mabuk cinta kepada manusia, maka jelaskan kepadanya bahawa perbuatannya itu hukumnya haram. Hendaklah dijelaskan pula tentang balasan Allah terhadap orang yang berbuat demikian pada hari kiamat. Kemudian beritahukan kepadanya tentang ancaman seksa Allah dan balasan yang akan Allah berikan.


Bila penyebab masuknya itu kerana kezaliman terhadap manusia maka beritahukanlah kepadanya akan hukuman yang berat yang akan ditimpakan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang zalim.

Jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu mahu menjawab dan mahu keluar, maka ucapkanlah Al-hamdulillah, tetapi sebelum ia keluar dia harus berjanji kepada Allah, janji tersebut haruslah anda yang mengucapkan dan melalui lidah orang yang kerasukan jin itu, jin tersebut mengikutinya, ucapan janji itu ialah :

"Saya berjanji kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia."

Setelah itu haruslah anda pastikan bahawa jin itu benar-benar keluar, kerana banyak diantara jin yang berbohong, kecuali bagi jin yang benar-benar berlindung kepada Allah. Bacakanlah penangkal sekali lagi. Jika orang yang kerasukan jin itu masih terpengaruh mendengar bacaan Al-Quran serta jarinya masih juga gementar, maka yang demikian itu sebagai tanda bahawa jin itu masih berada dalam tubuhnya. Jika tidak ada pengaruhnya, jin tersebut telah keluar.

0 comments:

Post a Comment

TINGGALKAN LINK ANDA D ISINI

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Mr ShAReH BLoG |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.