Custom Search

KLIK KAT SINI JUGA

A FAIRY SONG BY WILLIAM SHAKESPEARE

Over hill, over dale,
Thorough bush, thorough brier,
Over park, over pale,
Thorough flood, thorough fire!
I do wander everywhere,
Swifter than the moon's sphere;
And I serve the Fairy Queen,
To dew her orbs upon the green;
The cowslips tall her pensioners be;
In their gold coats spots you see;
Those be rubies, fairy favours;
In those freckles live their savours;
I must go seek some dewdrops here,
And hang a pearl in every cowslip's ear.



Baca Selanjutnya ..

KISAH PENYEMBELIHAN NABI ISMAIL A.S

Setelah peristiwa ‘pembakaran’ oleh Namrud, Nabi Ibrahim a.s. berhijrah ke Palestin. Di sana, Allah mengurniakan baginda seorang anak lelaki ketika usia baginda menjangkau 86 tahun. Belum pun puas baginda ‘menimang’ anak sulongnya itu, Allah s.w.t memerintahkan pula baginda meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di Makkah, tanah tandus yang terletak jauh dari Palestin. Nabi Ibrahim a.s. pasrah dengan perintah Allah ini, lalu segera melaksanakannya tanpa bertangguh. Dapatkah kita bayangkan perasaan seorang isteri yang ditinggalkan bersama anak yang baru lahir oleh suami yang dicintainya?


Setelah berlalu beberapa tahun, apabila Nabi Ismail a.s. sudah agak besar dan mampu bekerja bersama-sama ayahnya, datang pula perintah Allah supaya Nabi Ibrahim a.s. menyembelih anak kesayangannya itu. Dapatkah kita gambarkan hati kecil seorang ayah yang diperintah untuk ‘mengorbankan’ anak kesayangannya, setelah terpisah sekian lama? Dapatkah pula kita selami sanubari seorang anak yang telah lama ditinggalkan bersama ibu, tiba-tiba ayahnya datang untuk menyembelihnya? Allah menceritakan peristiwa besar ini dalam Al-Qur’an, Surah Ash-Shaffat, ayat 102:
Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".



Sesungguhnya peristiwa tersebut merupakan satu peristiwa besar, menifestasi sebuah pengorbanan agung dalam mentaati perintah Allah. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 10 Zulhijjah ini jugalah yang ‘dirayakan’ oleh umat Islam seluruh dunia pada setiap tahun. Benar, kita merayakan ‘yaum an-Nahar’ setiap tahun. Tetapi, berapa kerapkah kita menghayati peristiwa agung ini? Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa majoriti umat Islam tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa ini, walaupun mereka menyaksikan upacara ‘menyembelih’ haiwan korban hampir setiap tahun. Dalam penulisan ini, dengan izin Allah s.w.t saya akan cuba mengetengahkan satu hakikat besar daripada peristiwa agung ini.

Manusia adalah hamba Allah. Hakikat seorang hamba adalah kepatuhan keseluruhan terhadap perintah tuannya tanpa merasa keberatan, walaupun rahsia atau hikmah di sebalik perintah tersebut tidak difahami. Seorang hamba tidak berhak untuk mempersoalkan apatah lagi untuk engkar akan perintah tersebut. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Ahzab: 36:

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata” (Al-Ahzab: 36)


Baca Selanjutnya ..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

salam semua..
dah lama aku tak letak post kat blog ni...
kali ni aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA khas buat semua pelawat blog ni...
thanks allz sbb support blog ni..
SELAMAT HARI RAYA semua... :)

BILA AYAM DAH TAK SELERA NAK MAKAN,
KAMBING MULA GELISAH,
LEMBU BUAT2 GILA & UNTA NAMPAK SUSAH HATI,
TUE TANDANYA RAYA KORBAN DAH DEKAT...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!! Baca Selanjutnya ..

RAHSIA TARIKH LAHIR

Pasangan anda lahir bulan apa??

JANUARI
-Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
-Suka mendidik dan dididik
-Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
-Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
-Suka smart, kemas dan teratur
-Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
-Pandai mengambil hati orang lain
-Pendiam kecuali telah dirangsang
-Agak pemalu
-Daya tumpuan yang sangat tinggi
-Mudah mendisiplinkan diri sendiri
-Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
-Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
-Cukup sayang pada kanak-kanak
-Suka duduk di rumah
-Setia pada segala-galanya
-Perlu belajar kemahiran sosial
-Cukup cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
-Berfikiran abstrak
-Sukakan benda yang realiti dan abstrak
-Intelligent, bijak dan genius
-Berpesonaliti yang mudah berubah
-Mudah menawan orang lain
-Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
-Jujur dan setia pada segalanya
-Keras hati untuk mencapai matlamat
-Tidak suka dikongkong
-Mudah memberontak apabila dikongkong
-Suka kegiatan yang lasak
-Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
-Mudah mempamerkan marahnya
-Tidak suka benda yang remeh-temeh
-Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
-Sangat berani dan suka memberontak
-Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
-Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan sukan
-Suka benda yang bersifat seni
-Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
-Berkecenderungan pada benda yang tahyul
-Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
-Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
-Berpesonaliti yang menarik dan menawan
-Mudah didampingi
-Sangat pemalu dan pemendam rasa
-Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
-Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
-Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain
-Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
-Tidak cepat marah dan sangat amanah
-Tahu balas budi dan tahu kenang budi
-Pemerhatian danpenilaian yang sangat tajam
-Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
-Suka berangan-angan
-Suka melancong
-Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
-Kelam kabut dalam memilih pasangan
-Suka dgn hiasan rumahtangga
-Punya bakat seni dalam bidang muzik
-Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
-Jangan terlalu moody.

APRIL
-Sangat aktif dan dinamik
-Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
-Sangat menarik dan pandai manjakan diri
-Punya daya mental yang sangat kuat
-Suka diberi perhatian
-Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
-Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
-Sangat berani dan tiada perasaan takut
-Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
-Emosi cepat terusik
-Try control the emotion
-Kecenderungan bersifat dendam
-Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
-Kuat daya ingatan
-Gerak hati yang sangat kuat
-Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
-Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
-Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
-Kekerasan hati & degil
-Kuat semangat & bermotivasi tinggi
-Pemikiran yang tajam
-Mudah marah apabila tidak dikawal
-Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
-Perasaan yang amat mendalam
-Cantik dari segi mental & fizikal
-Tidak perlu dimotivasikan
-Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
-Mudah dipujuk
-Bersikap sistematik (otak kiri)
-Suka berangan
-Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu -Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
-Daya khayalan yang tinggi
-Permikiran yang tajam
-Pandai berdebat
-Fizikal yang baik
-Kelemahan sistem pernafasan
-Suka sastera, seni & muzik serta melancong
-Tidak berapa suka duduk di rumah
-Tidak boleh duduk diam
-Tidak punya ramai anak
-Rajin dan bersemangat tinggi
-Agak boros

JUN
-Berfikiran jauh & berwawasan
-Mudah ditawan kerana sikap baik
-Berperangai yang lemah lembut
-Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood
-Idea yang terlalu banyak di kepala
-Bersikap sensitif
-Otaknya aktif(sentiasa berfikir)
-Sukar melakukan sesuatu dengan segera
-Bersikap suka menangguh-nangguh
-Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
-Cepat marah & cepat sejuk
-Suka bercakap & berdebat
-Suka buat lawak & bergurau
-Otaknya cerdas berangan-angan
-Mudah berkawan & pandai berkawan
-Orang yang sangat tertib
-Pandai mempamerkan sikap
-Mudah kecil hati
-Mudah kena selsema
-Suka berkemas
-Cepat rasa bosan
-Sikap terlalu memilih & cerewet
-Kurang mempamerkan perasaan
-Lambat nak sembuh apabila terluka hati
-Suka kepada barang yang berjenama
-Mudah menjadi eksekutif
-Kedegilan yang tidak terkawal
-Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

JULAI
-Sangat seronok didamping
-Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
-Agak pendiam kecuali diransang
-Ada harga dan maruah diri
-Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
-Mudah dipujuk dan bercakap lurus
-Sangat menjaga hati orang lain
-Sangat peramah
-Emosisangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
-Berjiwa sentimental
-Jarang berdendam
-Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
-Tidak suka benda remeh-temeh
-Membimbing cara fizikal dan mental
-Sangat peka,caring dan mengasihi serta penyayang
-Layanan yang serupa dengan semua orang
-Tinggi daya simpati
-Pemerhatian yang tajam
-Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
-Mudah dan rajin belajar
-Suka muhasabah diri
-Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
-Suka mendiamkan diri
-Suka duduk di rumah
-Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
-Tak agresif kecuali terpaksa
-Lemah dari segi kesihatan perut
-Mudah gemuk kalau tak kawal diet
-Minta disayangi
-Mudah terluka hati tapi lambat pulih
-Terlalu mengambil berat
-Rajin dalam membuat kerja

OGOS
-Suka berlawak
-Mudah tertawan kepadanya
-Sopan santun dan caring terhadap orang lain
-Berani dan tidak tahu takut
-Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
-Pandai pujuk orang lain
-Terlalu pemurah & bersikap ego
-Nilai harga diri yang sangat tinggi
-Dahagakan pujian
-Semangat juang yang luarbiasa
-Cepat marah & mudah mengamuk
-Mudah marah apabila cakapnya dilawan
-Sangat cemburu
-Daya pemerhatian yang tajam & teliti
-Cepat berfikir
-Fikiran yang berdikari
-Suka memimpin & dipimpin
-Sifat suka berangan
-Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
-Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
-Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
-Belajar untuk relax
-Sikap kelam kabut
-Romantik, pengasih & penyayang
-Suka mencari kawan

SEPTEMBER
-Sangat bersopan santun & bertolak ansur
-Sangat cermat, teliti & teratur
-Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
-Pendiam tapi pandai bercakap
-Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
-Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
-Kerja yang dilakukan sangat sempurna
-Sangat sensitif yang tidak diketahui
-Orang yang banyak berfikir
-Daya pentaakulan yang baik
-Otak bijak & mudah belajar
-Suka mencari maklumat
-Kawal diri dari terlalu mengkritik
-Pandai mendorong diri sendiri
-Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
-Suka sukan, hiburan & melancong
-Kurang menunjukkan perasaannya
-Terluka hatinya sangat lama disimpan
-Terlalu memilih pasangan
-Sukakan benda yang luas
-Bersistematik

OKTOBER
-Suka sembang
-Suka orang yang sayang padanya
-Suka ambil jalan tengah
-Sangat menawan & sopan santun
-Kecantikan luar & dalam
-Tidak pandai berbohong & berpura-pura
-Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
-Sentiasa berkawan
-Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
-Cepat marah
-Macam pentingkan diri sendiri
-Tidak menolong orang kecuali diminta
-Suka melihat dari perspektifnya sendiri
-Tidak suka terima pandangan orang lain
-Emosi yang mudah terusik
-Suka berangan & pandai bercakap
-Emosi yang kelam kabut
-Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
-Suka melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut
-Romantik dalam percintaan
-Mudah terusik hati & cemburu
-Ambil berat tentang orang lain
-Suka kegiatan luar
-Orang yang adil
-Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
-Mudah patah semangat

NOVEMBER
-Banyak idea dalam perkara
-Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
-Berfikiran kehadapan
-Berfikiran unik dan bijak
-Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
-Pemikiran yang tajam
-Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
-Bagus untuk jadi doktor
-Cermat dan teliti
-Personality dinamik
-Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
-Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
-Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
-Terlalu degil dan keras hati apabila hendak sesuatu, diusahakan sehingga berjaya
-Tak suka marah kecuali digugat
-Mudah ambil berat terhadap orang lain
-Pandai muhasabah diri
-Cara berfikir lain dari orang lain
-Otak yang sangat tajam
-Pandai mendorong diri sendiri
-Tidak hargai pujian
-Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
-Badan yang "tough" (sasa)
-Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
-Romantik
-Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
-Suka duduk di rumah
-Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
-Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
-Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
-Bercita-cita tinggi
-Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
-Sangat setia dan pemurah
-Bersifat patriotik
-Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
-Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
-Bercita-cita tinggi
-Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
-Seronok didampingi
-Suka bercampur dengan orang
-Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
-Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
-Tidak pandai berpura-pura
-Cepat marah
-Perangai yang berubah-ubah
-Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
-Benci pada kongkongan
Suka berlawak
-Pandai buat lawak dan berfikiran
dengan logik.
Baca Selanjutnya ..

RAHSIA WANITA MELALUI BULAN KELAHIRAN

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran

Januari

- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Febuari

- boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta

Mac

- ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian.

April

-Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut


Mei

-Suka merendah diri,penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.

Jun

- banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikan lebih sekali.

Julai

-Banyak pancarobahidup dan godaan, banyak perolehi rezeki

Ogos

-bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha.

Setember

-Murah hati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak

Oktober

-murah rezeki, keras hati dan mudah simpati

November

-rajin, pandai berbicara, mudahmenyeleweng, tidak menafaatkanharta pusaka

Disember

- rajin berusaha, lekas naik darah, kers hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki

Baca Selanjutnya ..

RAHSIA RINGKAS HOROSKOP LELAKI

Aries

Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.


Taurus

Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.


Gemini

Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.

Cancer

Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.

Leo

Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.

Virgo

Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.

Libra

Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.

Scorpio

Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

Sagittarius

Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain .

Capricorn

Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.

Aquarius

Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .

Pisces

Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .

Baca Selanjutnya ..

SMART TAK???

SALAM SEMUA..
ari ni aku n the geng dah g present aku punya projek kat lecturer..
masa sebelom nak g 2, kitorang berpeluh jugak ar dok fikir apa soalan yg lecturer 2 akan tny kitorang time present nanti... memang risau gak ar time 2 beb! last skali kitorang pon g la jumpa lecturer 2 tuk present projek kitorang..
mulanya temujanji ngan lecturer 2 kul 12tengah ari.. so kitaorang pon g la lebih awal ckit kan..
saat berganti saat...
minit berganti minit...
kitorang tunggu punya tunggu, last skali, kul 12.30.. baru lecturer 2 datang.. dah la tgh cuak time 2.. duk dlm bilik aircond pon berpeluh beb!!
akhirnya kami pon present projek kat lecturer 2..
mula 2 memang ar rasa cuak kan.. tp lepas present 2 kitorang ingat lecturer 2 nak tny mcm2 soklan.. tapi dia siap bagi cadangan utk kitorang pasal projek 2... Fuh!!! lega beb lepas present projek.. ni projek aku n the geng wat "SISTEM KUNCI KAWALAN JAUH BERPENGGERA".. nnt post yg akan dtg aku akan cite pasal projek aku ni plak k..


ni gmbr time sebelum aku g present kat lecturer.. sempat lg posting ngan prototaip 2.. hehe...




Baca Selanjutnya ..

MY FREN N HIS PC ! !


salam semua pelawat blog..
kali ni aku nak kenalkan member aku yg sorg ni...


ensem x member aku yg sorg ni??? klu ada yg berkenan dihati 2 bgtau la ye.. hehe.. aku bleh tlg adjust kan utk korang klu berkenan.. hikhik...



Lg 1 aku nak citer ar ckit psl PC dia ni.. Mmg sempoi beb dia punya PC !! PC dia ni pon ada nama gak.. ni nama PC dia "KANDALF OLD GREEN PC".. sempoi gak nama 2.. Pandai tol dia pilih nama 2.. hehe.. modal yg dia kuarkan utk wat PC ni lebih kurang RM10, 000 beb!! byk giler 2.. abis duit loan PTPTN dia tiap2 sem utk upgrade PC ni.. ni gmbr dia punya PC





Baca Selanjutnya ..

RESULT LATIHAN INDUSTRI DAH DAPAT ! !

ASSALAMUALAIKUM KAWAN2...
Nak cite la ckit kan..
aku baru je dpt aku punya result latihan industri.. huhuhu

CEMERLANG beb!! Gempak tak??? hehe
Pas 2 siap dapat sijil SOFT SKILL skali..
Cayalah!!!
Kat bawah ni aku punya result latihan industri ngan sijil SOFT SKILL yg aku baru dpt....







Baca Selanjutnya ..

CARA MENGHADAPI JIN KAFIR

Langkah pertama yang harus dilakukan, hendaklah anda jelaskan Islam kepadanya secara lengkap, kemudian suruhlah dia masuk Islam tanpa paksa. Jika dia telah masuk Islam, maka suruhlah dia bertaubat dan jelaskan kepadanya bahawa taubat yang sempurna itu ialah melepaskan diri dari berbuat zalim dan hendaklah keluar dari jasad orang ini.

Langkah yang kedua, jika dia masih tetap dengan kekafirannya, maka janganlah dia dipaksa supaya masuk ke dalam Islam, akan tetapi perintahkanlah dia supaya keluar dari jasad tersebut. Jika ia keluar, maka bacalah Al-hamdulillah. Jika ia tetap degil, maka ancamlah dia atau boleh anda memukulnya. Akan tetapi janganlah anda memukul, jika sekiranya anda tidak 'arif dalam hal itu atau anda tidak dapat memastikan bahawa pukulan anda itu benar-benar mengenai jin, sebab ada jenis jin yang dapat mengelak ketika di pukul, sehingga pukulan tersebut mengenai orang yang kerasukan itu. Jika ingin memukul, lakukanlah pada bahagian tangan, punggung dan jari.


Langkah yang ketiga, bacalah surah-surah yang menyakiti jin seperti ayat Al-Kursi, surah Yasin, surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-Jin, surah Al-Hasyr, surah Al-Humazah dan surah Al-A'la.

Pada umumnya setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang neraka dan seksa, akan menyakiti jin. Bila dia sudah menjawab, maka hentikanlah bacaan ayat Al-Qur'an tersebut atau memberhentikan pukulan, dan memintakanlah kepadanya supaya ia berjanji kepada Allah dan perintahkanlah ia supaya keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu.

Baca Selanjutnya ..

CARA MENGHADAPI JIN YG BERAGAMA ISLAM

Bila anda menghadapi jin yang beragama Islam maka lakukanlah dua cara iaitu menganjurkannya dan memperingatkannya. Lakukanlah sesuai dengan sebab masuknya ke dalam tubuh tersebut. Jika sebab masuknya adalah kerana kezaliman manusia kepadanya maka beritahukanlah kepadanya bahawa orang ini tidak mengetahuinya dan tidak sengaja menyakiti sehingga tidak patut dia dihukum.

Bila masuknya ke dalam tubuh seseorang itu kerana mabuk cinta kepada manusia, maka jelaskan kepadanya bahawa perbuatannya itu hukumnya haram. Hendaklah dijelaskan pula tentang balasan Allah terhadap orang yang berbuat demikian pada hari kiamat. Kemudian beritahukan kepadanya tentang ancaman seksa Allah dan balasan yang akan Allah berikan.


Bila penyebab masuknya itu kerana kezaliman terhadap manusia maka beritahukanlah kepadanya akan hukuman yang berat yang akan ditimpakan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang zalim.

Jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu mahu menjawab dan mahu keluar, maka ucapkanlah Al-hamdulillah, tetapi sebelum ia keluar dia harus berjanji kepada Allah, janji tersebut haruslah anda yang mengucapkan dan melalui lidah orang yang kerasukan jin itu, jin tersebut mengikutinya, ucapan janji itu ialah :

"Saya berjanji kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia."

Setelah itu haruslah anda pastikan bahawa jin itu benar-benar keluar, kerana banyak diantara jin yang berbohong, kecuali bagi jin yang benar-benar berlindung kepada Allah. Bacakanlah penangkal sekali lagi. Jika orang yang kerasukan jin itu masih terpengaruh mendengar bacaan Al-Quran serta jarinya masih juga gementar, maka yang demikian itu sebagai tanda bahawa jin itu masih berada dalam tubuhnya. Jika tidak ada pengaruhnya, jin tersebut telah keluar.

Baca Selanjutnya ..

MENGETAHUI HADIRNYA JIN

Untuk mengetaui hadirnya jin, maka perhatikan tanda-tanda ini :

* Orang yang kerasukan jin tersebut memejamkan kedua matanya atau membuka sebesar-besarnya atau berkedip dengan sangat cepat.
* Tubuhnya gementar dengan sangat kuat atau gementar ringan pada hujung jarinya.
* Meronta-ronta dengan kuat.
* Memekik atau menjerit.
* Menyebut namanya.

Setelah memperhatikan tanda-tanda itu, maka mulailah bertanya kepadanya seperti pertanyaan di bawah ini :

* Siapa namamu?
* Apakah Agamamu?
* Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam tubuh orang ini?
* Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
* Dimanakan kamu berada di dalam tubuh ini?



Baca Selanjutnya ..

DOA PELEMBUT HATI

Assalammualaikum wbk.
Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi’in dan tabi’ attabi’in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama
Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.

Berikut saya sisipkan zikir dan doa pelembut hati sebagai panduan kita semua yang memerlukannya, insyaallah.

Zikir Dan Doa Pelembut Hati

1. Zikir Pelembut Hati
Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut:

Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"


2. Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah
Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau boss di pejabat, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah An 'Nisaa Ayat 84. (Sila rujuk Al-Quran)


Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."

3. Doa Pelembut Hati


Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa (Asy Syuura –ayat 19 (42)

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (ALI’IMRAN- 200 (3)


Cara Beramal

1. Baca dalam doa selepas solat fardhu iaitu di samping baca doa-doa lain , tambahkan doa ini
2. Jadikan ‘amalan membaca doa ini secara istiqamah dalam doa selepas solat fardhu
3. Baca pada waktu malam semasa anak nak tidur atau sedang tidur.

Kaedah

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati

Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah

iii. Kemudian baca doa di atas
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X

*** Amalkan doa ini secara istiqamah, Insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah
*** Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.

4. Doa Lembut Hati
1. Untuk melembutkan hati orang

a) Istighfar 3 x
Niatkan dalam hati: Ya Allah lembutkan hati suamiku dan berilah taufik hidayah kepadanya
c) Baca doa ini kemudian kejamkan mata, bayangkan wajah suami dan tiup pada tengkuknya 3 x

Nota: Amalkan setiap lepas solat fardhu

Wassalam


Baca Selanjutnya ..

MASA PEMBIKINAN VIDEO PROJEK AUDIO VISUAL

ASSALAMUALAIKUM...
Aku harap semua pelawat blog ni berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Kali ni aku nak tambah post psl pembikinan video projek audio visual plak.. Susah nak wat video ni sebenarnya... Terutama time nak berlakon la.. huhu.. Kat bawah ni aku ada selitkan video masa berlakon 2.. Aku juz jd kamera man je.. hehe.. Member2 aku yg berlakon.. Ni video masa lakonan yg x menjadi... Geli ati aku tgk gelagat diorang time 2.. Sampai sakit perut aku masa 2 sbb gelak banyak sangat.. hehehe.. Jom tgk video kat bawah ni.. Aku harap korang semua terhibur tgk gelagat diorang ni...








Baca Selanjutnya ..

AKU PUNYA PROJEK AUDIO VISUAL

SALAM semua...
ari ni aku letak post psl projek audio visual group aku plak... projek aku wat ni simple ja.. juz guna ADOBE PREMIER n AFTER EFFECT.. projek ni lecturer sruh wat lama dah.. tp wat last minute.. huhu.. so jd cmni la.. xsempat nak wat yg elok2.. adeh... kat bawah ni aku punya video projek.. tiggalkan je apa2 komen.. aku terima seadanya..




Baca Selanjutnya ..

SEMESTER PALING BZ

SALAM semua..
Aku nak luahkan ckit la kat korang.. sem ni bz sgt bg aku.. huhu.. tension!! tension!! Assignment pon byk giler2... Pas 2 plak pasal final projek.. dah byk kali penyelia tak approve.. tension sgt time 2.. Last skali approve gak tajuk projek 2.. projek last sem aku wat SISTEM KUNCI KAWALAN JAUH UTK RUMAH.. Sistem ni berfungsi mengunci dari dalam apabila kita kuar dr umah.. Lagi 1 berfungsi sbg kunci tambahan la... Bila kuar dr umah korang juz tekan button kat remote control je utk lock pintu umah.. Lagi 1, projek aku ni jugak ada tambahan sistem penggera.. So klu ada penyamun nak nak pecah masuk, alarm 2 bunyi la.. Karang ni kan byk kes pecah umah.. So bila korang pasang sistem ni, bleh la kurangkan kes pecah umah ni.. Kos utk wat projek ni tak la mahal sgt.. Lebih kurang RM300 je.. Simple n murah kan??? Aku harap projek yg aku wat ni menjadi la.. setakat ni ja post aku utk kali ni.. tggu post aku yg seterusnya nnt yea...
wassalam.....


Baca Selanjutnya ..

TINGGALKAN LINK ANDA D ISINI

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Mr ShAReH BLoG |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.